Rabu, 7 Julai 2010

MUSLI OLI JAJA PEMIMPIN



1.Calun G7 Musli Oli telah ketandusan idea dalam merai kemenangan pada pemilihan perwakilan UMNO Kota Belud pada 11.07.2010(Ahad) ini. Melalui kad-kad promosi diri yang diagih-agihkan kepada perwakilan pada masa ini terpapar tiga pemimpin utama UMNO Negeri Sabah telah dipaparkan dibelakang kad itu. Pemimpin-pemimpin itu ialah Ketua UMNO Bahagian Kota Belud Datuk Salleh Tun Said, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia dan Timbalan Perhubungan UMNO Negeri Sabah Datuk Seri Shafie Afdal.

2. Apakah Muslihat Musli Oli menjaja nama-nama pemimpin ini pada kali ini, kalau dulu semasa memenangi pemilihan G7 tahun 2008, beliau telah merai tempat dalam senarai perwakilan G7 UMNO Kota Belud kerana beliau telah mengagih-agihkan wang calun Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebanyak rm 100-150 ringgit.

3. Apakah kali ini beliau tidak mendapat tajaan dari pemimpin UMNO samada ianya dari pemimpin UMNO negeri Sabah atau pemimpin UMNO dari Kuala Lumpur. Semuanya telah menjadi persoalan dan teka-teki kepada penganalisis politik khususnya penulis-penulis blog. Tetapi bagi mereka yang mengetahui tipu muslihat Musli Oli awal-awal lagi telah dapat membaca apa yang tersirat dari yang tersurat tindakan beliau itu

4. Pastinya Musli Oli mahu mempengaruhi perwakilan UMNO Kota Belud supaya mengundinya pada pemilihan perwaklan G7 pada 11.07.2010 ahad ini. Beliau mengharapkan agar perwakilan UMNO Kota Belud mempercayai bahawa beliau telah di taja oleh ketiga-tiga pemimpin ini. Satu bentuk politik murahan yang mengharapkan pengaruh orang lain untuk mencapai kemenangan. Namun yang pastinya Musli Oli tidak akan mencapai kemenangan kali ini, jika beliau tidak sanggup mengagihkan wang seperti yang dilakukannya pada tahun 2008. Perwakilan UMNO Kota Belud telah menjadikan wang sebagai pra syarat utama untuk melabuhkan undi kepada calun, lihatlah sahaja kepada mesyuarat perwakilan pergerakan pemuda UMNO Kota Belud baru-baru ini. Awang Padli yang mengagihkan rm 30.00 telah menjadi pilihan utama perwakilan pemuda UMNO Kota Belud.


5. Demikian juga mesyuarat-mesyuarat UMNO bahagian Kota Belud yang lalu, faktor wang adalah kebiasaan kepada mereka dalam memberi kemenangan kepada calun-calun yang bertanding. Budaya ini telah ditanam oleh Ketua UMNO Kota Belud sejak parti ini mengembangkan sayapnya ke Kota Belud. Justeru itu anak-anak Kota Belud yang berhasrat menjadi pemimpin tak usahlah berangan-angan untuk menjadi pemimpin jika dia tidak mempunyai wang. Fikir-fikirkanlah bagaimana kita mengubah budaya yang telah menjadi duri dalam daging kepada UMNO Kota Belud. Singkirkan mereka yang menggunakan wang untuk menjadi pemimpin adalah salah satu tindakan yang boleh mengubah budaya ini di masa akan datang.

Jumaat, 2 Julai 2010

PERSIDANGAN UMNO KOTA BELUD PADA 11.07.2010 TIDAK SAH DARI SUDUT PERLEMBAGAAN



1. Sebagai ahli UMNO Kota Belud sejak parti ini mengembangkan sayapnya ke sabah, saya merasa terpanggil untuk mendedahkan kepincangan kepimpinan UMNO bahagian sejak ianya di bawah teraju kepimpinan Datuk Salleh Tun Said.

2. Senario yang berlaku dalam pengurusan UMNO Kota Belud kini menampakkan ketidak keikhlasan Datuk Salleh Tun Said mengambil alih kepimpinan UMNO Kota Belud daripada Datuk Musbah Haji Jamli. Jika dibuat perbandingan kepimpinan kedua-dua tokoh ini, jelas memperlihatkan kepada kita bahawa Datuk Musbah Haji Jamli lebih ikhlas dalam menjalankan tugas sebagai Ketua UMNO Kota Belud berbanding dengan Datuk Salleh Tun Said yang menjalankan tugasnya sebagai Ketua UMNO Kota Belud dipenuhi muslihat jahat demi mencapai cita-cita politiknya.

3. Sewaktu pertembungan beliau dengan Datuk Musbah Haji Jamli dalam merebut jawatan Ketua UMNO Kota Belud akhir tahun 2008, beliau telah mencanangkan kepada perwakilan UMNO Kota Belud akan dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar tetapi hakikatnya sampai baino perlantikan itu tidak berlaku. Inilah contoh sebenar muslihat jahat yang selalu dimainkan oleh Datuk Salleh Tun Said. Pembohongan sebenarnya habitat beliau dalam mempengaruhi ahli-ahli UMNO asalkan matlamat dan cita-cita politiknya tercapai.

4. Apabila matlamat beliau untuk menerajui kepimpinan UMNO Kota Belud tercapai pada tahun 2008 beliau mengharapkan akan mendapat perhatian samada kepimpinan negeri Sabah dibawah kepimpinan Datuk Musa Aman dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dengan harapan beliau diberi peranan yang lebih untuk membolehkan beliau bergerak lebih lincah bagi mengkucar kacirkan kepimpinan UMNO Negeri Sabah yang berada dibawah kepimpinan Datuk Musa Aman.

5. Sebaliknya strategi dan perancangan beliau itu tersasar dari target sebenar beliau, iaitu untuk dilantik sebagai Senator kemudian dilantik Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia. Sebenarnya apapun perancangan dan pelan yang diatur oleh Datuk Salleh Tun Said untuk menghancurkan Datuk Musa Aman dapat dicium lebih awal oleh Ketua Menteri Sabah itu. Lantas itu beliau hanya dilantik sebagai Penasihat Sains Kepada Ketua Menteri. Satu jawatan yang dikhaskan kepada mereka yang telah berpencen dalam politik.

6. Datuk Salleh Tun Said tidak menyedari bahawa Datuk Musa Aman mempunyai percaturan politik mengenai beliau. Sebenarnya perlantikan beliau ke jawatan itu lebih kepada supaya beliau tidak dapat berbuat apa-apa kerana beliau kini sudah berada di depan Ketua Menteri segala tingkahlaku dan perancangan beliau diperhatikan oleh Ketua Menteri setiap masa.

7. Berbalik kita kepada persidangan UMNO Kota Belud yang dijangka diadakan pada 11.07.2010 ini, rata-rata pemerhati politik menganggap satu persidangan yang tidak sah dari sudut perlembangaan kerana persidangan-persidangan diperingkat cawangan berlaku tidak mengikut perlembagaan parti.

8. Lazimnya setiap tahun setiap cawangan UMNO diminta mengadakan mesyuarat tahunannya dengan dihadiri oleh seorang AJK bahagian bagi memantau perjalanan mesyuarat tersebut mengikut perlembagaan parti. Tetapi sebaliknya pada tahun ini cawangan-cawangan UMNO di dalam bahagian UMNO Kota Belud tidak satu pun yang mengadakan persidangan sebaliknya dibuat dikedai-kedai kopi sahaja dengan dipantau oleh seorang AJK bahagian. Justeru itu jika tulisan saya ini dapat dibaca mana-mana pemimpin UMNO yang menduduki jawatan Ahli Majlis Tertinggi memohon agar perkara ini disiasat dan diminta melakukan sesuatu agar perkara ini dapat diperbetulkan demi untuk menjaga keutuhan parti UMNO supaya sentiasa releven sepanjang zaman.

9. Pengurusan parti UMNO Kota Belud amat memalukan sekali sejak dibawa kepimpinan Datuk Salleh Tun Said cawangan-cawangan bukan sahaja tidak mengadakan mesyuarat tahunan akan tetapi wang RM 50 ringgit yang diagihkan oleh UMNO pusat untuk tujuan pengurusan cawangan dalam mengadakan mesyuarat tahunannya tidak diberi oleh bendahari bahagian iaitu Zainal Abiddin Haji Soud. Rata-rata ketua cawangan UMNO mengeluh ke atas pengurusan parti yang mereka anggap cukup memalukan dan menjurus ke arah kehancuran.

10.Pejabat parti UMNO kini tidak seperti sewaktu Datuk Musbah Haji Jamli yang dibekali sistem komputer canggih dengan keadaannya seolah-olah berada disebuah hotel mewah. Beliau sanggup membelanjakan wang ringgitnya demi menjaga imej parti yang telah menunjangi kerajaan sejak merdeka lagi. Sebaliknya UMNO Kota Belud setelah dibawah kepimpinan Datuk Salleh Tun Said menyewa disebuah rumah kedai yang kedudukannya jauh dari tumpuhan orang ramai dan keadaannya tidak ubah seperti kandang kambing yang sesuai dihuni oleh pelarian-pelarian dari filipina. Sudahlah keadaannya begitu ditambah lagi tidak dibekali sistem komputer yang canggih seperti yang berlaku sewaktu UMNO Kota Belud di bawah kepimpinan Datuk Musbah Haji Jamli.