Khamis, 18 Mac 2010

SALLEH PAKAR PEMUSNAH POLITIK ORANG





1. Asalaikum warakmatullah hi wabarakatu bersua kita kembali dalam posting kali ini, seperti yang saya janjikan dalam posting sebelum ini untuk membongkarkan aksi-aksi seorang politiktus yang sangat mahir berlakon dalam politik.Dengan kelulusan Sains Politik dari luar Negara, kemahiran ini digunakan sepenuhnya untuk menonjolkan diri dalam daerah Kota Belud, negeri sabah dan Negara Malaysia. Inilah Datuk Salleh Tun Said Ketua Ketua Bahagian UMNO Kota Belud, dalam mengekalkan kelangsungan politiknya dalam persada politik tanah air, beliau mengunakan segala kemahiran yang diperolehi semasa menuntut di menara gading membunuh keria politik orang lain. Kali ini saya akan cuba membongkar kebenaran isu ini berdasarkan pengamatan saya sejak UMNO mengembangkan sayapnya ke Sabah.




2. Datuk Salleh sangat takut apabila golongan berpendidikan berkecempung dalam politik Kota Belud kerana beliau amat khuatir mereka ini akan menjejaskan politiknya di daerah ini. Menyedari itu beliau telah merancang sterategi agar mereka ini akan mati dengan sendirinya angkara terlalu taksup kepada beliau kerana dijanjikan bermacam-macam samada jawatan, projek dan menjadi wakil rakyat. Beliau akan memberi keyakinan kepada pemangsanya kononnya dia akan memegang jawatan seperti menteri, ketua menteri. Untuk memenuhi keinginan itu, beliau akan memujuk mereka dengan wang yang banyak. Antara mangsa yang sempat saya lihat menjadi sepak terajang politik Datuk Salleh ini ialah Uncle Jika Gabie.



3. Uncle Jikal Gabie adalah seorang tokoh pendidik yang amat disegani oleh bukan sahaja penduduk Kota belud akan tetapi seluruh negeri Sabah. Jawatan yang dipegang olehnya terakhir sebelum bersara dalam pendidikan ialah Pengetua Maktab Perguruan Keningau. Beliau amat berjasa kepada penduduk Kota Belud kerana semasa memegang jawatan dalam Jabatan Pendidikan Sabah ramai anak Kota belud telah berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading dan mendapat pekerjaan. Sumbangan beliau tidak terbatas kepada bangsa bajau malahan meliputi bangsa Iranun, Dusun, Ubian, Cina dan lain-lain bangsa yang terdapat di Kota Belud. Ketokohan beliau ini terbukti disenangi penduduk Kota Belud, sebab itu diperingkat awal penglibatannya dalam politik Kota Belud Pakcik Gibal sentiasa menang dalam sebarang pemilihan UMNO Bahagian Kota Belud dan perwakilan sentiasa meletakan undinya di tempat pertama semasa pertandingan itu. Justeru itu Datuk Salleh amat gerun akan tokoh ini dan beliau telah mencari helah untuk mematikan politiknya, langkah pertamanya ialah dengan memberikan jawatan Pegawai perhubungan Parlimen beliau. Semasa menjadi Pegawai Perhubungan Parlimen beliau, sudah tentu akan menjadi tumpuhan ahli-ahli UMNO Kota Belud bertemu untuk meminta bantuan samada dalam bentuk projek dan wang. Setiap kali beliau memberikan keyakinan kepada ahli UMNO yang projeknya akan diluluskan oleh Datuk Salleh. Tetapi bila tiba masanya kelulusan projek ini akan dibatalkan oleh Datuk Salleh, lama kelamaan ramai ahli UMNO yang marah dengan Pakcik Jikal kerana kononnya gagal menjalankan tugas sebagai Pegawai Perhubungan Parlimen. Begitu juga semasa beliau dilantik Pegawai Kemajuan Rakyat kawasan Usukan perkara yang sama dilakukan oleh Datuk Salleh. Akhirnya pengaruh dan politik Pakcik Jikal Gabie terus merundum kerana ramai ahli-ahli UMNO yang tidak berpuashati kepada beliau akibat perbuatan Datuk Salleh. Apabila pengaruh Pakcik jikal Gabie lumpuh sama sekali beliau dibuang begitu sahaja dan sehingga hari ini tidak dipedulikan langsung.


4. Seorang lagi tokoh pendidik yang menjadi mangsa politik Datuk Salleh ialah Pakcik Deraman Salun. Tokoh ini sikit lagi tertipu meletakan jawatan dalam pendidikan kerana dijanjikan jawatan yang menarik oleh Datuk Salleh. Beliau ditawarkan jawatan Pemimpin kemajuan Rakyat Kawasan Usukan dan setiausaha UMNO Bahagian UMNO Kota Belud. Terpujuk dengan tawaran yang menarik itu Pakcik Deraman Salun telah menulis surat kepada Pengarah Pendidikan Sabah untuk memohon cuti tanpa gaji. Walaupun cutinya tidak diluluskan oleh majikannya beliau langsung tidak takut kerana masa depanya akan terjamin kerana dijanjikan bermacam-macam oleh Datuk Salleh. Walaupun bagaimanapun setelah beliau dilakukan oleh Datuk Salleh sepertimana yang dilakukan olehnya kepada Pakcik Jikal ramailah penyokong-penyokongnya yang satu ketika sangat setia kepada beliau akhirnya marah kepada beliau. Apabila banyak masalah semasa memegang jawatan PKR usukan Datuk Salleh melucutkan jawatannya begitu sahaja. Setelah setahun bersama Datuk Salleh, beliau telah sedar yang bahawa Datuk Salleh hanya menggunakannya untuk kepentingannya sahaja, akhirnya beliau merayu kepada Pengarah Pelajaran Sabah untuk kembali bekerja di jabatan Pendidikan Sabah. Nasib baik jawatannya di dalam pendidikan tidak ditarik dan beliau diterima semula sehingga berpencen dalam jabatan pendidikan. Sehingga hari ini Pakcik Deraman Salun hanya duduk dirumah dan tidak lagi dipedulikan oleh Datuk Salleh apa lagi melawatnya dirumah.


5. Seorang lagi anak bajau Kota Belud yang mempunyai pengaruh dan menjadi mangsa Datuk Salleh ialah DR Saijan Samit. Tokoh ini semasa penglibatannya dalam UMNO Kota Belud sangat popular, setiap kali mengambil bahagian dalam sebarang pertandingan dalam UMNO Kota Belud, paling kurang ditangga nombor 2 atau nombor 3. Setengah pemerhati politik meramalkan Dr Saijan Samit bakal wakil rakyat Usukan. Dalam diam-diam Datuk Salleh telah memasang perangkap untuk memancing beliau melakukan kesalahan dalam UMNO. Semasa Datuk Salleh diturunkan dari jawatan Ketua Menteri, tokoh ini telah mengadakan satu perjumpaan dirumahnya sebagai tanda membantah tindakan Dr Mahathir tidak melanjutkan tempoh Datuk Salleh sebagai Ketua Menteri. Semasa perjumpaan ini dalam diam-diam dia telah memasang orangnya merakam ucapan Dr Saijan Samit yang berapi-api itu dengan tujuan untuk dijadikan bukti yang beliau cuba melawan pemimpin Pusat. Akhirnya kerana tindakan beliau itu menyebabkan dia telah dipecat dalam UMNO. Yang menghairankan kenapa Datuk Salleh tidak membela DR Saijan dalam perkara itu, sedangkan beliau bermati-matian membelanya. Semasa beliau memegang Ketua Bahagian tiada satu usul pun yang dikemukakan kepada UMNO pusat supaya tindakan pecat kepada beliau ditarik balik. Semua orang dapat merasakan jawapannya kerana Datuk Sallehlah yang menyebabkan Dr Saijan disingkirkan dalam UMNO. Akhirnya beliau memilih jalan menyokong parti pembangkang sehingga bertanding di kawasan Usukan sebagai calun bebas.




6. Seorang lagi tokoh UMNO Kota belud yang menjadi mangsa Datuk Salleh ialah Arwah Haji Kadri Haji Nanti, beliau adalah tokoh yang berjaya menonjolkan diri dalam perniagaan dengan bantuan Datuk Salleh sendiri. Kewujudan tokoh ini sengaja ditonjolkan di kawasan tempasuk supaya memberi saingan kepada Datuk Musbah Haji Jamli yang sememangnya telah menonjolkan diri tanpa bantuan sesiapa pun. Haji Kadri termakan budi Datuk Salleh sehingga melanggar Saudara Mastan Haji Hasaan dalam pemilihan naib ketua UMNO Kota Belud. Dalam pemilihan itu dalam diam-diam Datuk Salleh telah membantu Haji Mastan kerana Haji Kadri lebih memberi saingan politik kepada beliau berbanding Haji Mastan. Akibatnya Haji Kadri kalah dalam pemilihan itu, walaupuan beliau menyedari bahawa Datuk Salleh menyebelahi Haji Mastan dalam pemilihan itu, tetapi Haji Kadri memilih mendiamkan diri kerana masih menyimpan harapan agar Datuk Salleh membantunya di masa akan datang. Namun dalam pilihanraya pada tahun 2004 kerana kepakaran Datuk Salleh membakar kemarahan Haji Kadri kepada Tan Sri Pandikar maka beliau telah keluar daripada UMNO kerana membantah pencalunan Tan Sri Pandikar di kawasan Tempasuk. Akhirnya gugur lagi seorang tokoh yang berkebolehan dalam persada politik UMNO Kota belud, Setelah masa berlalu Haji Kadri sebenarnya mangsa muslihat Datuk Salleh untuk membunuh politiknya lalu beliau beberapa kali mengemukakan permohonan masuk UMNO kembali, tetapi tidak diterima sehingga beliau mengembuskan nafasnya yang terakhir, beliau masih berada di luar UMNO Kota belud.




7. Seorang lagi pemimpin UMNO Kota Belud yang menjadi mangsa Datuk Salleh ialah Tuan Haji Mastan Haji Hassan yang menjadi PKR Datuk Musbah Haji Jamli sekitar tahun 1999. Melihat keakraban Datuk Musbah Jamli dengan beliau amat merisaukan kepadanya, beliau takut Datuk Musbah akan bertambah kuat pengaruhnya dalam Daerah Kota Belud. Dalam diam-diam Datuk Salleh telah memasang perangkapnya sehingga Haji Mastan hilang pertimbangan lalu melakukan penderhakaan kepada YB Datuk Musbah, sehinggalah beliau berani menentang bosnya Datuk Musbah. Apabila Datuk Musbah tidak menjadi calun 2004, beliau mengharapkan akan menjadi calun di kawasan Tempasuk kerana beliau telah dijanjikan oleh Datuk Salleh untuk menjadi calun UMNO di kawasan Tempasuk pada masa itu. Apa yang berlaku sebaliknya, dia hanya dijadikan anjing upahan untuk menjatuhkan Datuk Musbah sebaliknya Tan Sri Pandikar telah dipilih menjadi calun pada waktu itu. Sehingga sekarang Haji Mastan tidak dipedulikan olehnya dan beliau hidup segan mati tak mahu, terumbang ambing mahu berbaik dengan Datuk Musbah tapi malu rasanya berjumpa dengan kawan lamanya ini.



8. Inilah kepakaran Datuk Salleh, sekarang ini dia cuba berbaik-baik dengan Ketua menteri Sabah kerana sebelum ini dia memilih berkontra dengannya nampaknya tidak berjaya dan lebih menjurus kepada kehancurannya dalam politik. Lantas dia mengubah strategi dengan mengambil jalan berbaik-baik dengan Datuk Musa Aman. Akhirnya dia berjaya mengambil hati Datuk Musa Aman sehingga beliau dilantik sebagai Penasihat Sains Kepada Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi BN Kota Belud. Tapi dalam dunia mana ada negara yang wujud mempunyai raja dua orang, antara Datuk Musa Aman dan Datuk Salleh perlu mati untuk mengekalkan politik masing-masing. Dalam hal ini saya kira kemenangan lebih memihak kepada Datuk Musa Aman kerana masih menjawat Ketua Menteri Sabah sudah tentu mempunyai kelebihan. Setakat ini sahaja yang saya mampu membongkar kelicikan Datuk Salleh buat masa ini.

9. Di masa akan datang saya akan cuba mengupas beberapa orang lagi pemimpin yang telah pernah merasai sepak terajang Datuk Salleh dalam mengekalkan kuasanya sebagai pemimpin yang releven di Kota Belud. Antara mereka yang dipermainkan oleh pemimpin ini ialah seperti YB. Datuk Musbah, Awadnir Matanggal, Lamsil Hamidsor, Roslan Haji Manshor dan lain-lain lagi. Pegawai-pegawai kerajaan seperti Datu Tiga Belas, Jenar Lamdah, Abdullah Haji Sibil, Dr Lidi Salun dan lain-lain lagi.