Rabu, 30 Jun 2010

Musli Oli Tukang Buli

1.Istilah buli selalu dikaitkan dengan seseorang yang suka menganggu rakan atau kawan samada ianya berbentuk kekerasan dengan menggunakan senjata sehingga menimbulkan kecederaan atau kematian atau mengeluarkan kata-kata yang boleh menimbulkan kemarahan atau menjatuhkan maruah kepada seseorang. Gegala ini selalunya berlaku di Institusi pengajian tinggi atau di sekolah-sekolah.

2. Menurut setengah pengkaji gejala ini dilakukan oleh seseorang yang tidak boleh mengawal emosi kerana sebab-sebab tertentu. Antaranya ialah faktor keluarga, pesekitaraan, arahan atau untuk mendapat publisiti dikalangan rakan-rakan sekeliling. Ada juga pendapat mengatakan bahawa buli itu dilakukan oleh seseorang itu kerana punyai rasa cemburu dan irihati terhadap seseorang di atas pencapaian peribadainya yang tidak dapat ditandingi olehnya.

3. Justeru itu apabila seseorang itu berada ditangga kejayaan maka mulalah ada orang yang tidak senang dan dengki atas pencapaian seseseorang itu, oleh itu apabila Musli Oli mengirim dengan memfitnah seseorang pemimpin UMNO melalui FB dengan kata-kata lebih kurang begini.

“Betulkah? Saya terima inbox dari rakan FB, seseorang bekas Ketua UMNO Bahagian, sekarang ADUN dengan jawatan Pembantu Menteri, ronda-ronda dengan kereta baru Porshe ketika berlangsung mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO. Dia tunjukkan kekayankah atau stupidity kepada rakayat”

4. Melalui kiriman ini menampakkan sikap sebenar Musli Oli adalah seorang yang suka membuli seseorang dan melalui kata-kata yang dilontarkan itu jelas beliau ada rasa perasaan dengki dan dendam atau barangkali untuk mendapatkan habuan daripada musuh politik Adun berkenaan dengan tindakannya berbuat demikian. Semuanya ini hanya Musli Oli sahaja yang boleh menjawabnya.

5. Namun sebagai ahli UMNO Kota Belud sikap dan tindakan Musli Oli menghina dan menganyai Datuk berkenaan bukanlah perkara yang baru dalam dunia internert. Cerita tuduhan dan fitnah yang Datuk berkenaan kononnya seorang yang perasuah dan tidak bermoral pada tahun 2004 juga angkara Musli Oli sehinggakan Datuk Berkenaan tidak dicalunkan pada waktu itu. Perkara ini berlaku kerana ianya telah dibayar oleh musuh politik Datuk Berkenaan, entah berapa ribu hasil yang diperolehi dari tugasaan ini.

06. Satu ketika beliau juga telah memperlakukan demikian seorang wartawan Berita Harian dengan meminta beliau dipecat oleh pihak pengurusan Berita Harian Kota Kinabalu. Menurut wartawan berkenaan Musli Oli telah dibayar oleh individu tertentu dengan bayaran RM 15,000.00 untuk melakukan sesuatu terhadap wartawan berkenaan sehingga dipecat oleh majikaannya. Ini bukan cerita donggeng tetapi penjelasan yang diberikan oleh wartawan berkenaan melalui blognya sendiri.

7. Melalui dua peristiwa ini jelas menggambarkan yang Musli Oli ini tidak ubah seperti pelakun-pelakun wayang kulit dan orang yang mengarahkan dia melakukan ini tidak ubah seperti tukang karut atau Dalang dalam cerita wayang kulit.

8. Satu ketika Musli Oli juga jadi pemgemis di rumah Datuk berkenaan apabila Dalang yang memeliharakannya hari ini tidak menggunakkannya. Bayangkan kalau Datuk berkenaan menghadap ke kiblat lalu memohon kepada Allah SWT supaya apa sahaja wang atau makanan yang diberikan Datuk ini kepadanya menjadi penyakit yang amat dahsyat seperti kanser kepadanya. Apa agaknya yang berlaku kepada beliau?

9. Musli Oli harus sedar dia juga mengaku pemimpin yang konon dikenali diserata negara diperbuat demikian apa perasaannya ah!. Apa perasaannya apabila dia dikatakan oleh pengendali Blog Banasab kononnya dia seorang yang Dipertua Perkosa. Satu ketika Bruclee mendedahkan tabiatnya yang hampir merogol sepupunya disebuah Hotel. Apa dia rasa oren!.

9. Mengata orang biar bertempat jangan jadi seperti meludah di udara kena dimuka sendiri. Fikir sebelum mengeluarkan kenyataan jangan sampai menyinggung perasaan orang lain, kerana fitnah amat dahsyat balasannya disisi Allah SWT Allah. Ingat kau pernah makan wang Datuk itu, kalau kau tidak mengenang jasanya sekalipun janganlah pula sampai pula menghinanya dengan fitnah kerana perbuatan fitnah itu Neraka balasannya.

10. Datuk berkenaan walaupun tidak masuk politik dia memang kayaraya hasil usahanya sebagai seorang peniaga, bukan macam kau yang hidup kerana fitnah sana fitnah sini.

Isnin, 28 Jun 2010

UMNO KOTA BELUD DI AMBANG KEHANCURAN




1.Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Kota Belud yang diadakan semalam menampakkan kemungkinan UMNO Kota Belud mula berada di ambang kehancuran jika kepimpinan UMNO Kota Belud sekarang ini tidak diganti dengan segera. Perwakilan pemuda yang dianggarkan lebih 500 orang hanya dihadiri oleh sekitar 300 orang sahaja yang menghadirkan diri. Persoalannya dimana sudah perwakilan Pemuda UMNO Kota Belud seramai lebih 200 orang?

2. Kepimpinan UMNO bahagian yang diterajui oleh Datuk Salleh Tun Said seharusnya bertanggungjawab kepada kurangnya sokongan golongan pemuda kepada UMNO Kota Belud dan tidak menyembunyikan penyakit ini dari pengetahunan pemimpinan pusat hanya kerana untuk memperlihatkan kononnya beliau masih mendapat sokongan ahli UMNO Kota Belud.

3. Datuk Salleh Tun Said seharusnya mengakui sokongan golongan pemuda kepada UMNO Kota Belud telah mula pudar berdasarkan kehadiran mereka yang sangat hambar. Datuk Salleh Tun seolah-olah menyembunyikan kelemahan pimpinan Pergerakan Pemuda UMNO apabila beliau mengatakan bahawa sambutan pemuda umno pada tahun ini sangat memberancangkan yang beliau siarkan melalui blognya. Tetapi hakikatnya ia satu pembohongan semata-mata.

4. Ucapan ketua pemuda umno kota belud semasa persidangan pergerakan pemuda umno itu berlaku dianggap oleh perwakilan yang hadir tiada kualiti lansung.

5. Melalui persidangan sebelum ini perwakilan pemuda umno dibekalkan beg yang berisi minit-minit mesyuarat yang kononnya mengatasi pengurusan pemuda sebelum itu. Tetapi apa yang berlaku kini perwakilan hanya dibekalkan dengan fail yang lusuh dan tiada kualiti langsung. Kenapa ini berlaku? Semua orang sudah pasti dapat menjawab bahawa kepimpinan pemuda UMNO kota belud kini diterajui kepimpinan jaguh kampungan sahaja.

6. Tema yang digunakan oleh pemuda melalui mesyuarat pada tahun ini telah memilih tema “kapsul” . kapsul hanya sesuai digunakan dalam istilah ubat-ubatan. Penggunan tema “kapsul mengyiakan tuduhan blog banasahab bahawa ketua pemuda umno kota belud adalah seorang pengamal dan pengedar ubat batuk satu ketika sehingga hari ini.

7. Seorang penyokong kuat datuk salleh sebelum ini saudara rosmin kasan sendiri menganggap persidangan pergerakan pemuda pada tahun ini hanya memenuhi perlembangaan parti sahaja hakikatnya mesyuarat itu telah gagal dan akan menuju kehancuran.

8. Perkara yang menyedihkan sepanjang persidangan itu perwakilan pemuda umno kota belud tidak duduk di dalam dewan sebaliknya mereka berkeliaran diluar dewan menunggu agihan wang rasuah dari calun-calun yang bertanding. Semasa datuk salleh tun said berucap hanya sekitar 50 atau 70 orang yang menumpuhkan perhatian terhadap ucapannya yang lain jalan-jalan keluar masuk dewan seolah-olah suasana itu berlaku di pasar ikan.

9. Akhirnya calun-calun yang menang semasa mesyuarat itu bukan kerana mereka itu mempunyai kepimpinan yang baik untuk ditonjolkan tetapi sebalikanya mereka yang merasuh perwakilan untuk mendapatkan undi. Awang fadli yang merai undi terbanyak kerana beliau mengagihan wang rasuh sebanyak rm 30-50 seorang sementara nizam nordin mengagihan rm 10-20 seorang. Ramilkhan yang mengagihkan rm 10 seorang sahaja menduduki tempat ketiga. Dari keputusan pemilihan ini mengambarkan bahawa perwakilan pemuda hanya memilih mereka yang mempunyai wang.

10. Rasuah wang dalam merai undi dalam sepanjang pemilihan umno sebenarnya telah berlaku sejak dahulu lagi dan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan rasuah wang ini tidak lain tidak bukan melainkan ketua UMNO bahagian kota belud datuk salleh tun said. Akan datang senario ini akan diteruskan oleh anaknya atau kaum kerabatnya kerana merekalah yang mewarnai politik kota belud sejak dahulu lagi kerana punya wang hasil daripada pengkhianatan moyang mereka kepada gurunya demi wang dan pangkat.