Isnin, 28 Jun 2010

UMNO KOTA BELUD DI AMBANG KEHANCURAN




1.Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Kota Belud yang diadakan semalam menampakkan kemungkinan UMNO Kota Belud mula berada di ambang kehancuran jika kepimpinan UMNO Kota Belud sekarang ini tidak diganti dengan segera. Perwakilan pemuda yang dianggarkan lebih 500 orang hanya dihadiri oleh sekitar 300 orang sahaja yang menghadirkan diri. Persoalannya dimana sudah perwakilan Pemuda UMNO Kota Belud seramai lebih 200 orang?

2. Kepimpinan UMNO bahagian yang diterajui oleh Datuk Salleh Tun Said seharusnya bertanggungjawab kepada kurangnya sokongan golongan pemuda kepada UMNO Kota Belud dan tidak menyembunyikan penyakit ini dari pengetahunan pemimpinan pusat hanya kerana untuk memperlihatkan kononnya beliau masih mendapat sokongan ahli UMNO Kota Belud.

3. Datuk Salleh Tun Said seharusnya mengakui sokongan golongan pemuda kepada UMNO Kota Belud telah mula pudar berdasarkan kehadiran mereka yang sangat hambar. Datuk Salleh Tun seolah-olah menyembunyikan kelemahan pimpinan Pergerakan Pemuda UMNO apabila beliau mengatakan bahawa sambutan pemuda umno pada tahun ini sangat memberancangkan yang beliau siarkan melalui blognya. Tetapi hakikatnya ia satu pembohongan semata-mata.

4. Ucapan ketua pemuda umno kota belud semasa persidangan pergerakan pemuda umno itu berlaku dianggap oleh perwakilan yang hadir tiada kualiti lansung.

5. Melalui persidangan sebelum ini perwakilan pemuda umno dibekalkan beg yang berisi minit-minit mesyuarat yang kononnya mengatasi pengurusan pemuda sebelum itu. Tetapi apa yang berlaku kini perwakilan hanya dibekalkan dengan fail yang lusuh dan tiada kualiti langsung. Kenapa ini berlaku? Semua orang sudah pasti dapat menjawab bahawa kepimpinan pemuda UMNO kota belud kini diterajui kepimpinan jaguh kampungan sahaja.

6. Tema yang digunakan oleh pemuda melalui mesyuarat pada tahun ini telah memilih tema “kapsul” . kapsul hanya sesuai digunakan dalam istilah ubat-ubatan. Penggunan tema “kapsul mengyiakan tuduhan blog banasahab bahawa ketua pemuda umno kota belud adalah seorang pengamal dan pengedar ubat batuk satu ketika sehingga hari ini.

7. Seorang penyokong kuat datuk salleh sebelum ini saudara rosmin kasan sendiri menganggap persidangan pergerakan pemuda pada tahun ini hanya memenuhi perlembangaan parti sahaja hakikatnya mesyuarat itu telah gagal dan akan menuju kehancuran.

8. Perkara yang menyedihkan sepanjang persidangan itu perwakilan pemuda umno kota belud tidak duduk di dalam dewan sebaliknya mereka berkeliaran diluar dewan menunggu agihan wang rasuah dari calun-calun yang bertanding. Semasa datuk salleh tun said berucap hanya sekitar 50 atau 70 orang yang menumpuhkan perhatian terhadap ucapannya yang lain jalan-jalan keluar masuk dewan seolah-olah suasana itu berlaku di pasar ikan.

9. Akhirnya calun-calun yang menang semasa mesyuarat itu bukan kerana mereka itu mempunyai kepimpinan yang baik untuk ditonjolkan tetapi sebalikanya mereka yang merasuh perwakilan untuk mendapatkan undi. Awang fadli yang merai undi terbanyak kerana beliau mengagihan wang rasuh sebanyak rm 30-50 seorang sementara nizam nordin mengagihan rm 10-20 seorang. Ramilkhan yang mengagihkan rm 10 seorang sahaja menduduki tempat ketiga. Dari keputusan pemilihan ini mengambarkan bahawa perwakilan pemuda hanya memilih mereka yang mempunyai wang.

10. Rasuah wang dalam merai undi dalam sepanjang pemilihan umno sebenarnya telah berlaku sejak dahulu lagi dan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan rasuah wang ini tidak lain tidak bukan melainkan ketua UMNO bahagian kota belud datuk salleh tun said. Akan datang senario ini akan diteruskan oleh anaknya atau kaum kerabatnya kerana merekalah yang mewarnai politik kota belud sejak dahulu lagi kerana punya wang hasil daripada pengkhianatan moyang mereka kepada gurunya demi wang dan pangkat.

3 ulasan:

  1. Jadi analisisnya jika Pemuda UMNO tidak hadir, yang harus disalahkan ialah kepimpinan UMNO Bahagian?

    Menarik sekali analisis ini. teruskan berkarya Ahli UMNO Kota Belud.

    BalasPadam
  2. Salam Ahli UMNO KB,
    Kehadiran ahli Pemuda sebenarnya 400 lebih, selebihnya berada diluar dewan, bila tiba masa membuang undi mereka masuk dewan dan tunggu giliran utk membuang undi, lepas membuang undi hilang semula dari kerusi yg diuntukkan utk mereka didlm dewan, berselerak semula...mentaliti kena ubah lah pemuda.

    BalasPadam